Saturday, December 4, 2010 | |

Salam 1Malaysia

Selamat datang ke laman blog Mamak Pedukang. Tujuan blog ini diwujudkan bukanlah bermaksud untuk membuka pekung di dada tetapi sekadar menyatakan apa sebenarnya yang berlaku mengenai seorang yang dikenali sebagai Mamak Pedukang yang mana beliau ini sedang semakin terdesak untuk berusaha dalam mencapai cita-cita beliau di dalam arena politik tanahair.

Beliau sekarang ini dilihat sedang bergelut untuk memenangi hati rakyat di kawasan beliau bagi membolehkan beliau dipilih sebagai ahli parlimen bagi menggantikan mantan boss beliau pada pilihanraya akan datang. Ternyata beliau sanggup melakukan perkara yang sebelum tidak dilakukan oleh beliau sebelum ini. Belumpun genap sepenggal memegang jawatan ketua sayap di bahagian berkenaan, beliau tanpa memikirkan orang lain yang lebih kanan dari beliau, berusaha gigih untuk menonjolkan diri sebagai calon yang paling sesuai sebagai Ahli Parlimen.

Posting seterusnya adalah berkaitan tentang penglibatan awal di dalam arena politik tanahair dan sebarang maklumat atau komen, sila e-mailkan ke mamakpedukangz@gmail.com.