Wednesday, December 7, 2011 | |

Luahan hati Buat Reezal Merican

Ketua Penerangannya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, kenyataan Ketua pembangkang tersebut bahawa negara ini sudah menghampiri revolusi telah menimbulkan persoalan di kalangan rakyat.

''Kita hendak tahu apakah bentuk revolusi yang Anwar ingin bawa? Apakah ia hanya menukar kerajaan sahaja atau sekali gus menukar 'rupa bentuk' dan tiang seri Perlembagaan negara termasuk menidakkan Sistem Raja Berperlembagaan,'' katanya. (sumber)

Ah..pundek la lu Reezal. Gua rasa bila KJ naik baru gua dengar nama lu.  Lu kalau sound orang memang maut- maut. Gua memang dah lama panas ngan lu ni.

Gua rasa lu kat sekolah dulu jadi balaci senior je. Tu lu terbawak-bawak masa join Pergerakan Pemuda UMNO tu. Nasib baik lu tak satu sekolah dengan gua. Kalau tak, memang tiap malam lu urut gua, basuh baju gua, iron baju gua, beli burger gua tapi pakai duit lu...lu kalau bega benar, gua siram lu dengan air panas dewan makan..(nostalgia ooo).

Bikin jahanam Melayu je

Sumber : http://harimau-menaip.blogspot.com/2011/07/luahan-hati-buat-reezal-merican.html

Monday, December 5, 2011 | |

Siapa Reezal Merican?



Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Reezal Merican, kini amat banyak membuat kenyataan sama ada di TV mahupun di dada akhbar mengenai keburukan parti-parti dalam Pakatan Rakyat serta pemimpin-pemimpinnya. Kenyataan yang dikeluarkan seolah-olah beliau ini sangat arif mengenai dunia politik dan merupakan seorang pemimpin yang berkaliber.

Sedar atau tidak, beliau adalah bekas Setiausaha Politik kepada Pak Lah dan mungkin karier politik Pak Lah berakhir dengan sedih disebabkan juga oleh beliau. Perancangan politik Pak Lah serba tak kena dan boleh dikatakan hampir keseluruhan ahli-ahli UMNO tidak dapat menerimanya sebagai pemimpin.

Setelah gagal untuk mempertahankan Pak Lah sebagai Presiden UMNO, Pemuda UMNO pula telah melantik beliau untuk menjadi Ketua Penerangan setelah tewas di tangan YB Dato’ Razali bagi merebut jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO pada tahun 2008. Adakah perlantikan beliau disebabkan pertalian akrab dengan Khairy dan kuncu-kuncunya. Betul kata Tun Dr Mahathir, UMNO kini busuk hingga ke usus.

Baru-baru ini, Reezal telah menyuarakan supaya Darjah Kebesaran dua orang Wakil Rakyat Pakatan Rakyat ditarik balik. Darjah Kebesaran tersebut telah diberikan atas sebab-sebab khidmat Wakil Rakyat tersebut kepada negeri dan rakyat. Darjah Kebesaran yang dimiliki oleh Reezal pula bagaimana ? Apakah sumbangan beliau kepada negeri, negara atau rakyat yang mana beliau telah dianugerahkan darjah "Datuk Seri" ?.

Lu pikir la sendiri……..

Sunday, December 4, 2011 | |

REEZAL MERICAN TIDAK AKAN BERTANDING?!!!



Akhirnya ada Pembantu Pak Lah Yang Rasional
Posted on Sunday, February 17 @ 11:33:56 GMT+8
Topic: KOMENTAR

Tindakan Rezal Merican mengumumkan scara terbuka untuk tidak bertanding dalam pilihan raya umum kali ini wajar ditahniahkan. Umum mengetahui salah satu punca kecelaruan pentadbiran Datuk Seri Abdullah ialah kerana tindakan beberapa pegawai khasnya sibuk mahu menjadi ahli politik dan bermain politik. Hasilnya mereka ke hadapan, bos tertinggal.

PUCHONG 16 Feb. – Exco Pemuda UMNO Kebangsaan, Datuk Reezal Marican Naina Marican menegaskan beliau tidak akan bertanding sebarang kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-12 walaupun ada bahagian yang mencalonkan dirinya.

Reezal berkata, beliau telah menyatakan hasratnya itu kepada pucuk pimpinan tertinggi parti yang telah bersetuju dengan permintaannya.

“Saya ingin mengesahkan saya tidak akan bertanding, kalau semua orang hendak bertanding siapa yang hendak membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi,” katanya kepada Mingguan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau memberitahu demikian kepada pemberita selepas melancarkan Gerak Gempur Pemuda UMNO Parlimen Puchong 2008. Hadir Sama Ketua UMNO Bahagian Puchong, Datuk Satim Diman.

Reezal juga adalah Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung dan Setiausaha Politik Menteri Kewangan.

Dalam pada itu, semasa ucapannya, Reezal berkata, beliau yakin Selangor akan mencapai sifar pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-12.

“Kalau Selangor sebelum ini berjaya mencapai sifar kemiskinan tegar dan sifar setinggan, maka tidak mustahil ia juga mencapai sifar pembangkang kali ini,” katanya.

Jelas beliau, seperti di tempat lain, pembangkang di Selangor juga tidak memiliki sebarang isu untuk dipolitikkan.

Selain itu, beliau juga meminta pengundi agar jangan mempercayai dakyah pembangkang yang kononnya harga minyak akan dapat diturunkan kerana Malaysia adalah negara pengimport minyak.

Sumber : mykmu dot net

Saturday, December 3, 2011 | |

Dari mana kekayaan luarbiasa ahli keluarga Reezal Merican ?

Reezal Merican Naina Merican Ketua Pemuda UMNO Kepala Batas perlu mendedahkan kepada umum dari mana sumber kekayaan ahli keluarganya secara tiba-tiba.
Bapanya cuma seorang kakitangan awam biasa di Jabatan Pengangkutan Jalan manakala ibunya seorang jururawat desa. Semasa hayatnya bapanya memiliki sebuah lori kecil empat tayar bagi menjalankan perniagaan 'gas masak'.

Reezal sendiri selepas tamatkan pengajian di IPTA, bekerja dengan Shahrizat Abdul Jalil. Secara tiba-tiba apabila mendampingi Abdullah Badawi keluarga ini sudah mempunyai rumah harga berjuta-juta di Shah Alam, projek di sana-sini dan begitu juga memiliki banyak kereta mewah. Orang Penang terkejut dengan kemewahan luar biasa keluarga Naina Merican ini dan berharap Reezal dapat memberitahu sumber kekayaan ahli keluarganya.

Orang ramai berpendapat jika ianya dari sumber halal - tidak mengapa. Jika dari sumber haram, orang Islam lebih rela menjauhi harta dan keluarga seumpama itu.
Itulah sebabnya UMNO dan Barisan Nasional bermati-matian enggan mengistiharkan harta yang mereka kira "harta emak bapa" mereka.

Sumber : http://alkerohi.blogspot.com/2010/09/dari-mana-kekayaan-luarbiasa-ahli.html

P/S : Maklumat awal kawan-kawan di Kepala Batas, Reezal Merican akan bertanding di Kepala Batas. Bekas setiausaha pak lah. Banyak kes juga budak mamak ni. Tapi menurut laporan kawan-kawan kita di kawasan, budak mamak ni dah semakin pandai politik. Cekap juga dia. Mula guna masjid dan surau.

Friday, December 2, 2011 | |

Gambar Apex Bersama Awex Tayang Buah Dada


Sempoi punya dok mai... gambaq dari internet yang menunjukkan penjaga gol skuad kebangsaan bersama rakan sosial di sebuah tempat karaoke... gambaq ni jadi gempaq satu Malaya beberapa hari ni dan si Apex ni mengaku bahawa awex tu hanya kawan biasa saja... bertuah la apex... dapat kawan biasa yang luar biasa...

Gambaq ni memang tadak kena mengena dengan MP... tapi sebenarnya MP ni jauh lebih hebat dari Apex walaupun Apex lebih kacak dari MP....namun MP hebat kerana isterinya yang keduanya adalah dari golongan artis...

Malah artis ini dah banyak kali dok mai turun padang membantu suaminya untuk memastikan orang ramai turun ke setiap program yang dianjurkan.... malah artis ni telah mengajak beberapa lagi rakan artis untuk turut sama memeriahkan majlis... hebat sungguh... maka ramailah orang mai berduyun-duyun hanya untuk menyaksikan artis glamer kesayangan depa dan bukan atas rasa tanggungjawab terhadap Agama, Bangsa & Negara...

Moralnya adalah muka tak hensem takpa... janji duit jenuh n penuh poket....hahahahhahaha.....