Wednesday, December 7, 2011 | |

Luahan hati Buat Reezal Merican

Ketua Penerangannya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, kenyataan Ketua pembangkang tersebut bahawa negara ini sudah menghampiri revolusi telah menimbulkan persoalan di kalangan rakyat.

''Kita hendak tahu apakah bentuk revolusi yang Anwar ingin bawa? Apakah ia hanya menukar kerajaan sahaja atau sekali gus menukar 'rupa bentuk' dan tiang seri Perlembagaan negara termasuk menidakkan Sistem Raja Berperlembagaan,'' katanya. (sumber)

Ah..pundek la lu Reezal. Gua rasa bila KJ naik baru gua dengar nama lu.  Lu kalau sound orang memang maut- maut. Gua memang dah lama panas ngan lu ni.

Gua rasa lu kat sekolah dulu jadi balaci senior je. Tu lu terbawak-bawak masa join Pergerakan Pemuda UMNO tu. Nasib baik lu tak satu sekolah dengan gua. Kalau tak, memang tiap malam lu urut gua, basuh baju gua, iron baju gua, beli burger gua tapi pakai duit lu...lu kalau bega benar, gua siram lu dengan air panas dewan makan..(nostalgia ooo).

Bikin jahanam Melayu je

Sumber : http://harimau-menaip.blogspot.com/2011/07/luahan-hati-buat-reezal-merican.html

Monday, December 5, 2011 | |

Siapa Reezal Merican?



Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Reezal Merican, kini amat banyak membuat kenyataan sama ada di TV mahupun di dada akhbar mengenai keburukan parti-parti dalam Pakatan Rakyat serta pemimpin-pemimpinnya. Kenyataan yang dikeluarkan seolah-olah beliau ini sangat arif mengenai dunia politik dan merupakan seorang pemimpin yang berkaliber.

Sedar atau tidak, beliau adalah bekas Setiausaha Politik kepada Pak Lah dan mungkin karier politik Pak Lah berakhir dengan sedih disebabkan juga oleh beliau. Perancangan politik Pak Lah serba tak kena dan boleh dikatakan hampir keseluruhan ahli-ahli UMNO tidak dapat menerimanya sebagai pemimpin.

Setelah gagal untuk mempertahankan Pak Lah sebagai Presiden UMNO, Pemuda UMNO pula telah melantik beliau untuk menjadi Ketua Penerangan setelah tewas di tangan YB Dato’ Razali bagi merebut jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO pada tahun 2008. Adakah perlantikan beliau disebabkan pertalian akrab dengan Khairy dan kuncu-kuncunya. Betul kata Tun Dr Mahathir, UMNO kini busuk hingga ke usus.

Baru-baru ini, Reezal telah menyuarakan supaya Darjah Kebesaran dua orang Wakil Rakyat Pakatan Rakyat ditarik balik. Darjah Kebesaran tersebut telah diberikan atas sebab-sebab khidmat Wakil Rakyat tersebut kepada negeri dan rakyat. Darjah Kebesaran yang dimiliki oleh Reezal pula bagaimana ? Apakah sumbangan beliau kepada negeri, negara atau rakyat yang mana beliau telah dianugerahkan darjah "Datuk Seri" ?.

Lu pikir la sendiri……..

Sunday, December 4, 2011 | |

REEZAL MERICAN TIDAK AKAN BERTANDING?!!!



Akhirnya ada Pembantu Pak Lah Yang Rasional
Posted on Sunday, February 17 @ 11:33:56 GMT+8
Topic: KOMENTAR

Tindakan Rezal Merican mengumumkan scara terbuka untuk tidak bertanding dalam pilihan raya umum kali ini wajar ditahniahkan. Umum mengetahui salah satu punca kecelaruan pentadbiran Datuk Seri Abdullah ialah kerana tindakan beberapa pegawai khasnya sibuk mahu menjadi ahli politik dan bermain politik. Hasilnya mereka ke hadapan, bos tertinggal.

PUCHONG 16 Feb. – Exco Pemuda UMNO Kebangsaan, Datuk Reezal Marican Naina Marican menegaskan beliau tidak akan bertanding sebarang kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-12 walaupun ada bahagian yang mencalonkan dirinya.

Reezal berkata, beliau telah menyatakan hasratnya itu kepada pucuk pimpinan tertinggi parti yang telah bersetuju dengan permintaannya.

“Saya ingin mengesahkan saya tidak akan bertanding, kalau semua orang hendak bertanding siapa yang hendak membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi,” katanya kepada Mingguan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau memberitahu demikian kepada pemberita selepas melancarkan Gerak Gempur Pemuda UMNO Parlimen Puchong 2008. Hadir Sama Ketua UMNO Bahagian Puchong, Datuk Satim Diman.

Reezal juga adalah Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung dan Setiausaha Politik Menteri Kewangan.

Dalam pada itu, semasa ucapannya, Reezal berkata, beliau yakin Selangor akan mencapai sifar pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-12.

“Kalau Selangor sebelum ini berjaya mencapai sifar kemiskinan tegar dan sifar setinggan, maka tidak mustahil ia juga mencapai sifar pembangkang kali ini,” katanya.

Jelas beliau, seperti di tempat lain, pembangkang di Selangor juga tidak memiliki sebarang isu untuk dipolitikkan.

Selain itu, beliau juga meminta pengundi agar jangan mempercayai dakyah pembangkang yang kononnya harga minyak akan dapat diturunkan kerana Malaysia adalah negara pengimport minyak.

Sumber : mykmu dot net

Saturday, December 3, 2011 | |

Dari mana kekayaan luarbiasa ahli keluarga Reezal Merican ?

Reezal Merican Naina Merican Ketua Pemuda UMNO Kepala Batas perlu mendedahkan kepada umum dari mana sumber kekayaan ahli keluarganya secara tiba-tiba.
Bapanya cuma seorang kakitangan awam biasa di Jabatan Pengangkutan Jalan manakala ibunya seorang jururawat desa. Semasa hayatnya bapanya memiliki sebuah lori kecil empat tayar bagi menjalankan perniagaan 'gas masak'.

Reezal sendiri selepas tamatkan pengajian di IPTA, bekerja dengan Shahrizat Abdul Jalil. Secara tiba-tiba apabila mendampingi Abdullah Badawi keluarga ini sudah mempunyai rumah harga berjuta-juta di Shah Alam, projek di sana-sini dan begitu juga memiliki banyak kereta mewah. Orang Penang terkejut dengan kemewahan luar biasa keluarga Naina Merican ini dan berharap Reezal dapat memberitahu sumber kekayaan ahli keluarganya.

Orang ramai berpendapat jika ianya dari sumber halal - tidak mengapa. Jika dari sumber haram, orang Islam lebih rela menjauhi harta dan keluarga seumpama itu.
Itulah sebabnya UMNO dan Barisan Nasional bermati-matian enggan mengistiharkan harta yang mereka kira "harta emak bapa" mereka.

Sumber : http://alkerohi.blogspot.com/2010/09/dari-mana-kekayaan-luarbiasa-ahli.html

P/S : Maklumat awal kawan-kawan di Kepala Batas, Reezal Merican akan bertanding di Kepala Batas. Bekas setiausaha pak lah. Banyak kes juga budak mamak ni. Tapi menurut laporan kawan-kawan kita di kawasan, budak mamak ni dah semakin pandai politik. Cekap juga dia. Mula guna masjid dan surau.

Friday, December 2, 2011 | |

Gambar Apex Bersama Awex Tayang Buah Dada


Sempoi punya dok mai... gambaq dari internet yang menunjukkan penjaga gol skuad kebangsaan bersama rakan sosial di sebuah tempat karaoke... gambaq ni jadi gempaq satu Malaya beberapa hari ni dan si Apex ni mengaku bahawa awex tu hanya kawan biasa saja... bertuah la apex... dapat kawan biasa yang luar biasa...

Gambaq ni memang tadak kena mengena dengan MP... tapi sebenarnya MP ni jauh lebih hebat dari Apex walaupun Apex lebih kacak dari MP....namun MP hebat kerana isterinya yang keduanya adalah dari golongan artis...

Malah artis ini dah banyak kali dok mai turun padang membantu suaminya untuk memastikan orang ramai turun ke setiap program yang dianjurkan.... malah artis ni telah mengajak beberapa lagi rakan artis untuk turut sama memeriahkan majlis... hebat sungguh... maka ramailah orang mai berduyun-duyun hanya untuk menyaksikan artis glamer kesayangan depa dan bukan atas rasa tanggungjawab terhadap Agama, Bangsa & Negara...

Moralnya adalah muka tak hensem takpa... janji duit jenuh n penuh poket....hahahahhahaha.....

Wednesday, November 30, 2011 | |

Mamak Pedukang Dah Mula Berkempen...

Hebat sungguh MP ni... dah mula dok kempen nak jadi calon.... ada orang plak dok BODEK... dok bunyi kot belakang kononnya DAH CONFIRM DAH....

Punyalah buta kayu HAMBA ALLAH yang dok menjerit kat Perhimpunan Pemuda UMNO 2011... MP tu nak jadi calon apa? Calon ADUN Bertam ka?...Sebab dengaq cerita Kak Zabariah @ Makngah dah x mau dah... atau Calon Parlimen Kepala Bataih... ganti Paklah... kalau betui, baguih la... nak habaq bagi... MP ni nak kena langkah kepada Timbalan Ketua Bahagian Dato' Hilmi yang difahamkan dok berkira-kira nak kerusi parlimen tu... bukan tu saja... ramai lagi kepala-kepala senior UMNO Pala Bataih yang dia nak kena langkah...

Berani ka dia nak langkah kepala depa semua tu? Tapi main dengan MP tu dia kira apa... janji dia dapat jawatan tu... senang sikit nak tolong kawan-kawan KONONNYA... terutamanya di Pala Bataih ni... Ketua-Ketua Pemuda cawangan ada yang kais pagi makan pagi, kasi petang makan petang. Yang sempoinya, pejabat Pemuda Bahagian di Pala Bataih jarang nak ada orang... orang yang jaga pejabat pun jarang mai... apa cerita ni MP...

Dalam perhimpunan, bukan main dok habaq kat perwakilan kononnya dia boleh terima kalau tidak dapat dicalonkan... tapi HAKIKATNYA dia dok mengharap setengah mati kerusi parlimen tu. La ni pun dok pulun turun padang nak jumpa rakyat jelata di Pala Bataih. Sampai ada yang puji dan ucapterima kasih kat MP sebab rajin turun padang tetapi alangkah lebih baik kalau MP turun masa MP tgh dok ada jawatan SETPOL dulu... masa pegang jawatan SETPOL dulu dok habaq terlalu sibuk nak jaga Pak Lah... masa pegang EXCO dan Naib Ketua Pemuda? lagi teruk la dok ada... tak pernah nampak batang hidung pun...


Apa punya TUR la MP ni....

Saturday, November 26, 2011 | |

Pemangku Jawatan Ahli Parlimen Kepala Batas

Salam,

Lepas Pak Lah letak jawatan sebagai Perdana Menteri, orang-orang Kepala Bataih yang dah berkali-kali dok pangkah Pak Lah di setiap PRU sejak dari tahun 1978 lagi dok harap Pak Lah ada banyak masa untuk turun padang melawat para pengundi setia ini.

Namun jangkaan depa meleset kerana Pak Lah masih jarang turun mai Kepala Bataih dan tak tau la atas alasan apa dia jarang turun. Mungkin alasan tak berapa sihat kot. Yang dok turun Bekas Setpol dia merangkap Ketua Pemuda UMNO Bahagian. Sapa lagi kalau bukan YBhg Dato' Seri Reezal Merican.... Dato' Seri tu.... kira sama level la dengan Ahli Parlimen dulu atau boleh geng dengan bekas MB Terengganu atau bekas MB Perak atau MB Kedah lani yang terus dapat title Dato' Seri lepas dapat jawatan MB...

Dato' Seri Reezal Merican (DSRM) ni dah macam ahli parlimen dah pun... nak jumpa dia kena berator ikut giliran sebab bila dia turun, ramai dok kerumun macam ulat taik. Mungkin depa dok lobi projek kot.... Ternyata DSRM dengan cemerlangnya berjaya mengekal STATUS EKSKUSIF dia sama seperi apa mantan boss dia dok buat dulu.
Difahamkan DSRM ni selalu jugak dok balik naik jet dengan Pak Lah (bestnya... walaupun dah pencen dari jawatan PM masih dapat jet peribadi).... Malah pernah diceritakan bahawa DSRM pernah balik ke KL dengan kenderaan sendiri kerana salah faham beliau dgn Tuan Jeane, isteri tercinta Pak Lah dan Pak Lah plak mempertahankan isterinya itu. (Sapa tak sayang bini oii...)

Di sepanjang ketiadaan Pak Lah di kawasan parlimen, maka DSRM lah sebagai penganti tak rasmi Pak Lah di Kepala Batas. Tak tau la dia kawtim macam mana dengan Pak Lah... Cuma difahamkan setiap aktiviti beliau di Kepala Batas akan beliau claim kat Pak Lah... tak tau betui ka dak...

Kita berjumpa pada posting seterusnya....


Wednesday, May 4, 2011 | |

Siri 1 : Petikan Dari Blog

usinkata ;...Diakhir-akhir ini..ada sekelompok "MAMAK" yg mengaku Melayu semakin galak utk menipu Melayu khasnya di Pulau Pinang..
Sudah ramai yg mengakuinya suatu ketika dulu Melayu menipu Melayu utk dptkan tanah dan dibangunkan atas alasan pembangunan..padahal Melayu itu sudah bersekongkol dengan tokey-tokey Cina yg hanya mementingkan wang dan keuntungan semata-mata..maka dengan mudah Melayu tertipu dengan Melayu..
Tak perlu nak diterangkan "siapa" Melayu yg menipu Melayu khasnya diPulau Pinang..fikirkan siapa yg berkuasa ketika dahulu di Pulau Pinang jika bukan UMNO/Gerakan..dan adakah Gerakan itu Melayu 100%..huh!!..idak lain tidak bukan  Melayu UMNO yg sentiasa menipu Melayu diPulau Pinang..



Watak "MAMAK" yg mengaku Melayu utk menipu Melayu Pulau Pinang sudah pasti KETUA PENERANGAN PEMUDA UMNO MALAYSIA - DATUK SERI REEZAL MERICAN NAINA MERICAN..
 Huhh !! tengok nama pon bole cam siapa dia ni..terang2 "MAMAK" dan mengaku masuk Melayu..



Mamak ini yg mencetuskan penipuan-pembohongan atas keperihatinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang memberikan dan memperuntukan "Wang Ihsan" kepada warga emas Pulau Pinang yg tidak mengira status bangsa dan agama.semua dapat..Melayu/Islam dapat..Cina/Buddha dapat dan India/Hindu pun dapat..janji umur dh taraf "emas"..


"MAMAK UMNO" ini mendedahkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang memperolehi dana utk projek "wang ihsan" yg mana termasuk didalam program membasmi kemiskinan tegar di Pulau Pinang melalui sumbangan duit judi Lumba Kuda Pulau Pinang yg berjumlah RM500,000...


Maka dengan teruja senjata terbaru yg dimiliki UMNO Pulau Pinang.."MAMAK UMNO"   ini dan bersama-sama beberapa "MAMAK UMNO"  yg terdapat diPulai Pinang berjaya menipu beberapa pemimpin Melayu UMNO..."kencing-berak" diatas kepala beberapa kerat ":warga emas melayu" agar mengembalikan semula wang tersebut atas alasan "haram"...
Dakwaan Ketua Pemuda Melayu UMNO Pulau Pinang Norman Zahlan..pihak mereka dan mengumpul RM30,000 atas keberhasilan menipu-kencing-berak keatas kepala beberapa kerat warga emas melayu sekitar Pulau Pinang..



Kerajaan Negeri Pulau Pinang sudah menerangkan bahawa wang ihsan yg termasuk didalam Program Membasmi Kemiskinan Tegar adalah hasil dari langkah berjimat cermat Kerajaan Negeri dan bukanya hasil dari sumbangan judi haram Lumba Kuda..


Ini disahkan sendiri oleh Pegawai Kewangan Negeri Datuk Farizan Derus bahawa memang benar Kerajaan Negeri menerima sumbangan RM500,000 derma dari Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang tetapi WANG ITU DIASINGKAN DAN DIPERUNTUKAN HANYA BAGI KEGUNAAN ORANG BUKAN ISLAM...


Kini datang pula "MAMAK UMNO" yg mengaku Melayu dan dihati mereka tidak pernah putus harapan utk sentiasa menipu dan memperdayakan Melayu baik dari kini mahupun kanan dan dari depan mahu pun belakang..dan langkah menipu dan memperdayakan Melayu didalam isu ini..terang lagi bersuluh..bahawa "MAMAK UMNO" ini sanggup menipu-kencing-dan berak dari atas kepala Melayu itu..dan kita tunggu pula mcm mana gerombolan "MAMAK UMNO" ini nk menipu dari bawah pula...

Monday, May 2, 2011 | |

Cikgu Mat Dengan Belia 4B, Reezal Dengan GPMS...

Sebelum ini orang tahu geng mamak hanya sebuah kumpulan gangster atau perompak bersenjata yang menjalankan aktiviti merompak bank dan melakukan kekerasan jenayah. Mereka bukan sahaja merompak harta benda orang tetapi ada kalanya turut membunuh dan mencabut nyawa orang. Semua kerja itu dilakukan kerana survival, untuk hidup.

Mereka bergerak di bandar besar, khasnya di Kuala Lumpur. Kehadiran mereka ternyata membimbangkan dan mengancam keselamatan awam. Negara juga bermasalah dengan adanya kumpulan hantu-hantu ini. Mereka menjadikan orang ramai tidak nyenyak tidur.
 
Tetapi, tanpa banyak diketahui kini terdapat satu lagi geng mamak. Kegiatan mereka berbeza dengan kumpulan geng mamak yang merompak menggunakan senjata itu. Namun dari segi moral, nilai kegiatan mereka lebih kurang sama sahaja.
 
Mereka bukan merompak harta benda, tetapi membuat kacau dan mempunyai agenda yang besar untuk kepentingan kumpulan mereka. Bagi menghalalkan tindakan mereka itu, maka mereka sanggup mengorbankan orang lain termasuk kawan dan juga sahabatnya sendiri. Kumpulan ini sebenarnya tidak boleh dipercayai dan tidak ada kejujuran di dalam persahabatan.
 
Geng mamak yang dimaksudkan ialah dua tiga ekor budak hitam di dalam Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) yang ketika itu sedang berusaha keras untuk menguasai gabungan itu dengan  menyingkirkan Presiden Dato' Suhaimi Ibrahim. Mereka kini terdesak hendak menguasai GPMS kerana untuk dijadikan kuda kepang mereka dalam politik.
 
Ketua kumpulan ini ialah Reezal Marican Naina Marican. Si mamak kelabu asap. Dia pada masa ini ialah Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Abdullah Ahmad Badawi. Sebelum ini beliau menjadi Setiausaha  Politik kepada Sharizat Jalil yang juga seketurunan dengannya. 
 
Atas bodekan dan lobi yang tidak henti siang malam, akhirnya beliau berganjak setakuk dengan menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan. Penempatan beliau di sini, panjang juga ceritanya. Menjadi persoalan di sini adalah apakah sumbangan dan si mamak pedukang ini di arena politik tanahair sehingga membolehkan beliau diangkat sebagai Setiausaha Politik Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu?
 
Dan tentulah juga di antara pihak yang berusaha menempatkan dia di situ ialah GPMS sendiri. Atas niat hendak merapatkan GPMS dengan Abdullah yang pernah menjadi pemimpin gabungan itu maka si Naina Kelabu ini dicadangkan agar diberi post itu selepas pilihan raya umum lalu.
 
Perkara yang tidak dipersoalkan kini ialah layakkah dia untuk menjadi pemimpin GPMS? GPMS, ialah Gabungan Pelajar MELAYU Semenanjung. Mengenai lokasi dan tempat tinggalnya, (Pulau Pinang) si Naina Kelabu ini tidak menjadi masalah ia telah memenuhi syarat itu kerana dia juga bermukim di Semenanjung. Namun dari segi bangsa dan warnanya bagaimana pula?
 
Apakah Reezal ini Melayu? Dalam konteks Melayu seperti mana disebutkan oleh Perlembagaan. Atau sekadar berstatus Bumiputera sahaja, seperti orang Siam, Dusun dan Kadazan di Sabah? Jika ditilik kepada nama dan juga marganya, si Naina Kelabu ini lebih kurang sama seperti bekas Perdana Menteri sebelum ini. Kedua-duanya tidak layak menggunakan bin di dalam kad pengenalan sebaliknya sesuai menggunakan (pengenalan) sebagai anak lelaki (s/o) sahaja.
 
Jelas dari sudut ini beliau tidak layak untuk menjadi pemimpin kepada gabungan pelajar Melayu. Dan sekiranya pelajar Melayu merestui beliau menjadi Presiden, alangkah bacolnya budak-budak Melayu. Merelakan diri dipimpin oleh anak mamak kelabu asap.
Bukan itu sahaja, peribadi Reezal ini juga tidak berapa putih dan tidak pantas untuk menjadi pemimpin kepada mana-mana kumpulan pun kecuali ‘geng mamak’. 
 
Pernahkah mamak-mamak yang mengelilingi beliau (geng) berfikir, dengan rupa diri yang comot dan kotor begitu layak atau sesuaikah untuk Reezal memimpin gabungan itu? Mungkin geng mamak boleh menerima kerana itu menjadi kebanggaan mereka, tetapi bagaimana dengan yang lain, berketurunan Melayu, bersongkok dan berkupiah? Apakah mereka juga bersedia menerimanya?
 
Jika diperhatikan kepada mereka yang menyucuk Reezal supaya menentang Suhaimi Ibrahim semuanya berwarna sama dengannya. Mereka adalah dari suku-sakat mamak. Yang bercakap putar lidah! Mereka ialah Jais Ishak, dari Pulau Pinang, juga mempunyai rupa, bulu dan warna kulit sama dengan Reezal. Seorang lagi ialah Zamri Isa, juga dari bumi serumpun dengan Reezal, Pulau Pinang.
 
Begitu juga Harimum Izan walaupun dari Selangor tetapi mempunyai darah coklat seperti Reezal juga. Jadi mereka inilah yang bersekongkol untuk membina empayar di dalam GPMS dengan menyingkirkan kepimpinan Melayu tulen Suhaimi Ibrahim.
 
Geng mamak ini bukan bergerak sendiri. Mereka mendapat sokongan padu daripada beberapa ekor Melayu yang teringin hendak menjadi pemimpin tetapi terhalang kerana masalah peribadi. Melayu GPMS yang desperado ini ialah Syed Annuar Syed Muhammad, Shahrir Rejab dan beberapa ekor bekas pemimpin GPMS yang sudah tidak laku gadai seperti Rahman Karim dan Ishak Junid.
 
Syed Annuar dan Shahrir Rejab cuba bangkit untuk menjadi pemimpin, tetapi dihalang oleh masalah peribadi. Shahrir yang kini menjawat jawatan Timbalan Presiden sepatutnya tidak menjadi broker kepada Reezal, namun kerana masalah peribadi dan tubuh yang tercalar, hendak tak hendak beliau hanya jadi gurkha Reezal sahaja kini. Biarlah di sini tidak disebut dulu penipuan besar yang dilakukan oleh Shahrir Rejab.
 
Begitu juga dengan Syed Annuar. Dulu beliau bukan main lagi menyokong Suhaimi Ibrahim. Tetapi kerana terkedu hati sedikit bila dinasihatkan agar melepaskan jawatan Setiausaha Agung terus merajuk dan bertindak melawan tauke. Semangat juang dan nilai perjuangan orang-orang ini senipis kulit bawang sahaja.
 
Kenapa Syed Annuar diminta berhenti sebagai Setiausaha Agung ialah kerana beliau berada jauh di Terengganu. Kedudukannya itu merumitkan urusan GPMS yang berpusat di Kuala Lumpur. Sementara itu beliau selalu membut tuntutan perjalanan yang melebihi daripada had dan di luar kemampuan GPMS untuk membayarnya?
 
Kerana hendak menjimatkan perbelanjaan itulah serta untuk tidak menyusahkannya, dan diatas persetujuannya juga (kononya untuk jaga parti (UMNO) di Terengganu), maka jawatan itu diberikan kepada Sobri. Peralihan itulah katanya menyinggungkan hati si Arab tiruan ini dan menyebabkan beliau bertidak bersekongkol dengan geng mamak Penang bagi menentang Melayu tulin Pahang, Suhaimi Ibrahim.

Dengan memegang jawatan hanya sepenggal, apa yang dapat dilakukan oleh si mamak ini?... Ternyata tokoh-tokoh politik ni hanya menjadikan pertubuhan NGO belia sebagai batu loncatan untuk mereka melangkah jauh ke dalam dunia politik yang menjanjikan 1001 kenikmatan dunia yang serba indah dan mengasyikan ini... yang menjadi mangsa adalah ahli-ahli NGO belia yang baru nak menapak di dalam pertubuhan masing-masing... Renungkanlah...

Friday, April 22, 2011 | |

Pemuda UMNO Bah Kepala Batas 2004-2008

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kepala Batas sesi 2004-2008 terus cemerlang di bawah pimpinan Ahmad Darus @ Cikgu Mat (sekarang dikenali sebagai YBhg Dato' Ahmad Darus) dan sokongan dari Mamak Pedukang  (MP) dengan memperkenalkan pelbagai program-program untuk ahli-ahli pemuda di bawah naungan Pemuda Bahagian. Ada di antara program-program tersebut telah berjaya mendapat pengikhtirafan oleh pihak Malaysia Book of Record (bukannya World Book of Record.... jangan silap ya...) sebagai program yang terbesar pernah dianjurkan oleh mana-mana organisasi di Malaysia. Dengan sokongan dana dari MP dan juga kepimpinan Ahmad Darus, maka program-program Pemuda Bahagian telah mendapat sambutan yang baik dari kalangan pemuda-pemuda cawangan. Ternyata beliau memiliki ciri-ciri kepimpanan yang hebat hasil daripada pengalaman beliau menganggotai pertubuhan belia di kawasan beliau dan juga pengalaman beliau sebagai seorang pendidik di sekolah....

 Walaubagaimanapun, disebalik dari kejayaan ini, ada satu harga yang perlu dibayar oleh semua warga Kepala Batas terutamanya warga Pemuda / Belia di parlimen Kepala Batas. Kesibukan Ahmad Darus di dalam mengemudikan Pemuda Bahagian, beliau terlupa bahawa beliau juga adalah Pengerusi Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Kepala Batas yang telah menjadi organisasi gajah putih yang juga hidup segan, mati tidak mahu. Sikap beliau yang mengamalkan budaya 'pilih kasih' atau 'double standard' iaitu memberikan lebih keutamaan atau 'priority' kepada Pemuda UMNO Bahagian telah menyebabkan ramai pimpinan Belia 4B pada masa itu berasa seolah-oleh mereka ini dianaktirikan dan seterusnya membiarkan Belia 4B di cawangan masing-masing mati begitu saja.

Sikap sesetengah pemimpin yang menjadi badan-badan NGO sebagai batu loncatan untuk masuk ke mana-mana parti politik ini amatlah dikesali. Ini kerana apabila mereka-mereka ini sudah stabil dengan jawatan-jawatan tertentu di dalam mana-mana parti politik, maka dalam masa yang sama mereka terus melupakan badan-badan NGO yang pernah mereka sertai yang telah menaikkan mereka ke tahap yang ada sekarang.

Penulis difahamkan terdapat sebilangan besar di kalangan AJK Pemuda Bahagian merungut kerana Ahmad Darus telah bersetuju untuk mengaturkan projek tertentu untuk dikongsikan bersama. Malang perkara ini tidak menjadi kenyataan apabila projek tersebut tidak mendapat perkenan MP yang juga berkhidmat sebagai Setpol Menteri Kewangan pada masa itu. Satu jawatan yang sering dikaitkan dengan 'Lubuk Duit' pada ketika itu namum segalanya hanya menjadi angan-angan Mat Jenin saja.

MP dilihat lebih berkuasa dari Ahmad Darus itu sendiri kerana beliau berkhidmat di Kementerian Kewangan dan sewajarnya beliau menggunakan kesempatan ini untuk menganugerahkan sebarang projek kepada AJK Pemuda Bahagian bagi mengukuhkan lagi pengaruh beliau di kalangan Pemuda Bahagian. Namum tidak pasti kenapa beliau tidak berbuat sedemikian. Atau mungkin beliau risau sekiranya projek tersebut diberikan kepada AJK Pemuda Bahagian, maka akan ada di kalangan mereka yang akan bangkit menentang beliau.

Amat menyedihkan adalah hanya 1-2 orang sahaja di kalangan AJK Pemuda Bahagian yang berani bangkit menyuarakan rasa hati mereka. Selebihnya hanya mendiamkan diri dan lebih rela menjadi 'Yes Man'. Kalau di peringkat Pemuda Bahagian pun sukar untuk 'Cari Makan, bagaimana pula nasib Pemuda-Pemuda di cawangan... Jauh panggang dari api.... yang ada hanya seorang Ketua Pemuda yang dilihat sebagai terlalu ghairah untuk melaksanakan pelbagai program... (mungkin nak masuk MBOR kot)... Renungkanlah....

Saturday, April 16, 2011 | |

Pemilihan Pemuda UMNO Bahagian Kepala Batas 2004

Memandang si Mamak Pedukang ini telah gagal untuk berkhidmat dengan baik sebagai AJK Pemuda UMNO Bahagian semasa di bawah kepimpinan YB Dato' Roslan Saidin, maka MP ini mengambil langkah bijak dengan berganding tenaga dengan Cikgu Mad atau Ahmad bin Darus (sekarang ini bergelar Dato') untuk langkah seterusnya di dalam arena politik beliau. Beliau menawarkan diri bertanding sebagai Naib Ketua Pemuda dengan Ahmad bin Darus sebagai Ketua Pemuda dan memenangi pertandingan tersebut. Faktor kemenangan beliau hanya dibantu oleh faktor kepimpinan Ahmad bin Darus serta perlantikan beliau sebagai Setpol YAB Menteri Kewangan pada masa itu.

Walaubagaimanapun, beliau jarang melibatkan diri di dalam perancangan dan perlaksanaan program Pemuda Bahagian dan sering menyatakan bahawa beliau sibuk dengan tugas beliau sebagai Setpol Pak Lah. Segala urusan mengenai pemuda diserahkah sepenuhnya kepada Ahmad bin Darus. Peranan beliau sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian pada ketika itu dilihat sebagai kurang berfungsi dan banyak dibanyangi oleh Ahmad bin Darus yang memperkenalkan banyak aktirivi untuk pemuda-pemuda di Kepala Batas.

Sebagai membalas jasa Ahmad bin Darus, si MP ini telah mengurniakan sejumlah kekayaan yang berjaya mengubah gaya hidup Ahmad bin Darus setaraf dengan jawatannya sebagai Ketua Pemuda Bahagian yang diterajui oleh seorang Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia. Dari berkereta Kancil pada awalnya, Ahmad bin Darus berupaya untuk memandu Proton Perdana V6 dan seterusnya berupaya memandu Mercedes S-class yang difahamkan telah terlibat dalam kemalangan yang dasyat (Total Lost).

Tuesday, April 12, 2011 | |

Siapakah Gerangan Si Mamak Pedukang ini?...

Si Mamak Pedukang ini atau nama penuhnya, Reezal Merican bin Naina Merican atau gelarannya YBhg Dato' Seri Reezal Merican Naina Merican telah dilahirkan pada 1972, di Butterworth, Pulau Pinang. Beliau telah menamatkan pengajian tinggi beliau di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam jurusan Sarjana Muda Bahasa Arab dan Kesusasteraan. Perkerjaan awal beliau bermula di Bank Industri Berhad pada tahun 1995, bersambung di KFH Ijarah House (M) Berhad. Pada tahun 1997, beliau bertugas di Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) pada tahun 1998 dan kemudian di Avengrade Resources Sdn Bhd sebelum mula melibatkan diri dalam bidang politik 1999 apabila dilantik sebagai Setiausaha Politik YB Dato' Seri Shahrizal Abdul Jalil. Perlantikan ini difahamkan atas 'rekemen' Pak Lah selaku Timb Perdana Menteri setelah berlaku 'kawtim' di antara Pak Lah dengan Pak Naina (kawan baik Pak Lah / Ayahanda Reezal Merican) di mana mereka ini agak bimbang dengan kecenderungan Reezal ke arah Al-Sheikh Al-Juburi sekitar 1998-1999.

Sebelum dari tahun 1999, si Mamak Pedukang (MP) ini tidak terlibat secara serius di dalam arena politik dan apabila dilantik sebagai Setpol YB Shahrizal, maka beliau pun aktif di dalam bidang politik dengan menawarkan diri sebagai AJK Pemuda UMNO Bahagian Kepala Batas, Pulau Pinang. MP ini berjaya mendapat undi tertinggi dari perwakilan pada pemilihan Pemuda UMNO Bahagian KB pada tahun 2001. Ini adalah kerana perwakilan pada masa itu yakin dengan keterampilan beliau dan juga kerana beliau merupakan seorang setpol, maka perwakilan amat mengharapkan sesuatu yang boleh beliau sumbangkan kembali kepada perwakilan.

Sayang seribu sekali sayang, setelah beberapa ketika, ternyata harapan perwakilan terharap beliau yang begitu tinggi hanya menjadi mimpi yang ngeri. Beliau dilihat lebih sibuk melobi untuk jawatan EXCO Pemuda UMNO Malaysia tanpa memperdulikan langsung perwakilan yang telah memberi undi pada beliau semasa pemilihan AJK Pemuda UMNO Bahagian Kepala Batas. Bak kata pepatah, kera di hutan disusukan, anak mati kelaparan.... begitula rakusnya si MP ini sehinggap berjaya memperolehi undi antara yang tertinggi di dalam pemilihan EXCO Pemuda UMNO....