Saturday, November 26, 2011 | |

Pemangku Jawatan Ahli Parlimen Kepala Batas

Salam,

Lepas Pak Lah letak jawatan sebagai Perdana Menteri, orang-orang Kepala Bataih yang dah berkali-kali dok pangkah Pak Lah di setiap PRU sejak dari tahun 1978 lagi dok harap Pak Lah ada banyak masa untuk turun padang melawat para pengundi setia ini.

Namun jangkaan depa meleset kerana Pak Lah masih jarang turun mai Kepala Bataih dan tak tau la atas alasan apa dia jarang turun. Mungkin alasan tak berapa sihat kot. Yang dok turun Bekas Setpol dia merangkap Ketua Pemuda UMNO Bahagian. Sapa lagi kalau bukan YBhg Dato' Seri Reezal Merican.... Dato' Seri tu.... kira sama level la dengan Ahli Parlimen dulu atau boleh geng dengan bekas MB Terengganu atau bekas MB Perak atau MB Kedah lani yang terus dapat title Dato' Seri lepas dapat jawatan MB...

Dato' Seri Reezal Merican (DSRM) ni dah macam ahli parlimen dah pun... nak jumpa dia kena berator ikut giliran sebab bila dia turun, ramai dok kerumun macam ulat taik. Mungkin depa dok lobi projek kot.... Ternyata DSRM dengan cemerlangnya berjaya mengekal STATUS EKSKUSIF dia sama seperi apa mantan boss dia dok buat dulu.
Difahamkan DSRM ni selalu jugak dok balik naik jet dengan Pak Lah (bestnya... walaupun dah pencen dari jawatan PM masih dapat jet peribadi).... Malah pernah diceritakan bahawa DSRM pernah balik ke KL dengan kenderaan sendiri kerana salah faham beliau dgn Tuan Jeane, isteri tercinta Pak Lah dan Pak Lah plak mempertahankan isterinya itu. (Sapa tak sayang bini oii...)

Di sepanjang ketiadaan Pak Lah di kawasan parlimen, maka DSRM lah sebagai penganti tak rasmi Pak Lah di Kepala Batas. Tak tau la dia kawtim macam mana dengan Pak Lah... Cuma difahamkan setiap aktiviti beliau di Kepala Batas akan beliau claim kat Pak Lah... tak tau betui ka dak...

Kita berjumpa pada posting seterusnya....