Wednesday, November 30, 2011 | |

Mamak Pedukang Dah Mula Berkempen...

Hebat sungguh MP ni... dah mula dok kempen nak jadi calon.... ada orang plak dok BODEK... dok bunyi kot belakang kononnya DAH CONFIRM DAH....

Punyalah buta kayu HAMBA ALLAH yang dok menjerit kat Perhimpunan Pemuda UMNO 2011... MP tu nak jadi calon apa? Calon ADUN Bertam ka?...Sebab dengaq cerita Kak Zabariah @ Makngah dah x mau dah... atau Calon Parlimen Kepala Bataih... ganti Paklah... kalau betui, baguih la... nak habaq bagi... MP ni nak kena langkah kepada Timbalan Ketua Bahagian Dato' Hilmi yang difahamkan dok berkira-kira nak kerusi parlimen tu... bukan tu saja... ramai lagi kepala-kepala senior UMNO Pala Bataih yang dia nak kena langkah...

Berani ka dia nak langkah kepala depa semua tu? Tapi main dengan MP tu dia kira apa... janji dia dapat jawatan tu... senang sikit nak tolong kawan-kawan KONONNYA... terutamanya di Pala Bataih ni... Ketua-Ketua Pemuda cawangan ada yang kais pagi makan pagi, kasi petang makan petang. Yang sempoinya, pejabat Pemuda Bahagian di Pala Bataih jarang nak ada orang... orang yang jaga pejabat pun jarang mai... apa cerita ni MP...

Dalam perhimpunan, bukan main dok habaq kat perwakilan kononnya dia boleh terima kalau tidak dapat dicalonkan... tapi HAKIKATNYA dia dok mengharap setengah mati kerusi parlimen tu. La ni pun dok pulun turun padang nak jumpa rakyat jelata di Pala Bataih. Sampai ada yang puji dan ucapterima kasih kat MP sebab rajin turun padang tetapi alangkah lebih baik kalau MP turun masa MP tgh dok ada jawatan SETPOL dulu... masa pegang jawatan SETPOL dulu dok habaq terlalu sibuk nak jaga Pak Lah... masa pegang EXCO dan Naib Ketua Pemuda? lagi teruk la dok ada... tak pernah nampak batang hidung pun...


Apa punya TUR la MP ni....

Saturday, November 26, 2011 | |

Pemangku Jawatan Ahli Parlimen Kepala Batas

Salam,

Lepas Pak Lah letak jawatan sebagai Perdana Menteri, orang-orang Kepala Bataih yang dah berkali-kali dok pangkah Pak Lah di setiap PRU sejak dari tahun 1978 lagi dok harap Pak Lah ada banyak masa untuk turun padang melawat para pengundi setia ini.

Namun jangkaan depa meleset kerana Pak Lah masih jarang turun mai Kepala Bataih dan tak tau la atas alasan apa dia jarang turun. Mungkin alasan tak berapa sihat kot. Yang dok turun Bekas Setpol dia merangkap Ketua Pemuda UMNO Bahagian. Sapa lagi kalau bukan YBhg Dato' Seri Reezal Merican.... Dato' Seri tu.... kira sama level la dengan Ahli Parlimen dulu atau boleh geng dengan bekas MB Terengganu atau bekas MB Perak atau MB Kedah lani yang terus dapat title Dato' Seri lepas dapat jawatan MB...

Dato' Seri Reezal Merican (DSRM) ni dah macam ahli parlimen dah pun... nak jumpa dia kena berator ikut giliran sebab bila dia turun, ramai dok kerumun macam ulat taik. Mungkin depa dok lobi projek kot.... Ternyata DSRM dengan cemerlangnya berjaya mengekal STATUS EKSKUSIF dia sama seperi apa mantan boss dia dok buat dulu.
Difahamkan DSRM ni selalu jugak dok balik naik jet dengan Pak Lah (bestnya... walaupun dah pencen dari jawatan PM masih dapat jet peribadi).... Malah pernah diceritakan bahawa DSRM pernah balik ke KL dengan kenderaan sendiri kerana salah faham beliau dgn Tuan Jeane, isteri tercinta Pak Lah dan Pak Lah plak mempertahankan isterinya itu. (Sapa tak sayang bini oii...)

Di sepanjang ketiadaan Pak Lah di kawasan parlimen, maka DSRM lah sebagai penganti tak rasmi Pak Lah di Kepala Batas. Tak tau la dia kawtim macam mana dengan Pak Lah... Cuma difahamkan setiap aktiviti beliau di Kepala Batas akan beliau claim kat Pak Lah... tak tau betui ka dak...

Kita berjumpa pada posting seterusnya....