Saturday, April 16, 2011 | |

Pemilihan Pemuda UMNO Bahagian Kepala Batas 2004

Memandang si Mamak Pedukang ini telah gagal untuk berkhidmat dengan baik sebagai AJK Pemuda UMNO Bahagian semasa di bawah kepimpinan YB Dato' Roslan Saidin, maka MP ini mengambil langkah bijak dengan berganding tenaga dengan Cikgu Mad atau Ahmad bin Darus (sekarang ini bergelar Dato') untuk langkah seterusnya di dalam arena politik beliau. Beliau menawarkan diri bertanding sebagai Naib Ketua Pemuda dengan Ahmad bin Darus sebagai Ketua Pemuda dan memenangi pertandingan tersebut. Faktor kemenangan beliau hanya dibantu oleh faktor kepimpinan Ahmad bin Darus serta perlantikan beliau sebagai Setpol YAB Menteri Kewangan pada masa itu.

Walaubagaimanapun, beliau jarang melibatkan diri di dalam perancangan dan perlaksanaan program Pemuda Bahagian dan sering menyatakan bahawa beliau sibuk dengan tugas beliau sebagai Setpol Pak Lah. Segala urusan mengenai pemuda diserahkah sepenuhnya kepada Ahmad bin Darus. Peranan beliau sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian pada ketika itu dilihat sebagai kurang berfungsi dan banyak dibanyangi oleh Ahmad bin Darus yang memperkenalkan banyak aktirivi untuk pemuda-pemuda di Kepala Batas.

Sebagai membalas jasa Ahmad bin Darus, si MP ini telah mengurniakan sejumlah kekayaan yang berjaya mengubah gaya hidup Ahmad bin Darus setaraf dengan jawatannya sebagai Ketua Pemuda Bahagian yang diterajui oleh seorang Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia. Dari berkereta Kancil pada awalnya, Ahmad bin Darus berupaya untuk memandu Proton Perdana V6 dan seterusnya berupaya memandu Mercedes S-class yang difahamkan telah terlibat dalam kemalangan yang dasyat (Total Lost).