Friday, April 22, 2011 | |

Pemuda UMNO Bah Kepala Batas 2004-2008

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kepala Batas sesi 2004-2008 terus cemerlang di bawah pimpinan Ahmad Darus @ Cikgu Mat (sekarang dikenali sebagai YBhg Dato' Ahmad Darus) dan sokongan dari Mamak Pedukang  (MP) dengan memperkenalkan pelbagai program-program untuk ahli-ahli pemuda di bawah naungan Pemuda Bahagian. Ada di antara program-program tersebut telah berjaya mendapat pengikhtirafan oleh pihak Malaysia Book of Record (bukannya World Book of Record.... jangan silap ya...) sebagai program yang terbesar pernah dianjurkan oleh mana-mana organisasi di Malaysia. Dengan sokongan dana dari MP dan juga kepimpinan Ahmad Darus, maka program-program Pemuda Bahagian telah mendapat sambutan yang baik dari kalangan pemuda-pemuda cawangan. Ternyata beliau memiliki ciri-ciri kepimpanan yang hebat hasil daripada pengalaman beliau menganggotai pertubuhan belia di kawasan beliau dan juga pengalaman beliau sebagai seorang pendidik di sekolah....

 Walaubagaimanapun, disebalik dari kejayaan ini, ada satu harga yang perlu dibayar oleh semua warga Kepala Batas terutamanya warga Pemuda / Belia di parlimen Kepala Batas. Kesibukan Ahmad Darus di dalam mengemudikan Pemuda Bahagian, beliau terlupa bahawa beliau juga adalah Pengerusi Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Kepala Batas yang telah menjadi organisasi gajah putih yang juga hidup segan, mati tidak mahu. Sikap beliau yang mengamalkan budaya 'pilih kasih' atau 'double standard' iaitu memberikan lebih keutamaan atau 'priority' kepada Pemuda UMNO Bahagian telah menyebabkan ramai pimpinan Belia 4B pada masa itu berasa seolah-oleh mereka ini dianaktirikan dan seterusnya membiarkan Belia 4B di cawangan masing-masing mati begitu saja.

Sikap sesetengah pemimpin yang menjadi badan-badan NGO sebagai batu loncatan untuk masuk ke mana-mana parti politik ini amatlah dikesali. Ini kerana apabila mereka-mereka ini sudah stabil dengan jawatan-jawatan tertentu di dalam mana-mana parti politik, maka dalam masa yang sama mereka terus melupakan badan-badan NGO yang pernah mereka sertai yang telah menaikkan mereka ke tahap yang ada sekarang.

Penulis difahamkan terdapat sebilangan besar di kalangan AJK Pemuda Bahagian merungut kerana Ahmad Darus telah bersetuju untuk mengaturkan projek tertentu untuk dikongsikan bersama. Malang perkara ini tidak menjadi kenyataan apabila projek tersebut tidak mendapat perkenan MP yang juga berkhidmat sebagai Setpol Menteri Kewangan pada masa itu. Satu jawatan yang sering dikaitkan dengan 'Lubuk Duit' pada ketika itu namum segalanya hanya menjadi angan-angan Mat Jenin saja.

MP dilihat lebih berkuasa dari Ahmad Darus itu sendiri kerana beliau berkhidmat di Kementerian Kewangan dan sewajarnya beliau menggunakan kesempatan ini untuk menganugerahkan sebarang projek kepada AJK Pemuda Bahagian bagi mengukuhkan lagi pengaruh beliau di kalangan Pemuda Bahagian. Namum tidak pasti kenapa beliau tidak berbuat sedemikian. Atau mungkin beliau risau sekiranya projek tersebut diberikan kepada AJK Pemuda Bahagian, maka akan ada di kalangan mereka yang akan bangkit menentang beliau.

Amat menyedihkan adalah hanya 1-2 orang sahaja di kalangan AJK Pemuda Bahagian yang berani bangkit menyuarakan rasa hati mereka. Selebihnya hanya mendiamkan diri dan lebih rela menjadi 'Yes Man'. Kalau di peringkat Pemuda Bahagian pun sukar untuk 'Cari Makan, bagaimana pula nasib Pemuda-Pemuda di cawangan... Jauh panggang dari api.... yang ada hanya seorang Ketua Pemuda yang dilihat sebagai terlalu ghairah untuk melaksanakan pelbagai program... (mungkin nak masuk MBOR kot)... Renungkanlah....