Tuesday, April 12, 2011 | |

Siapakah Gerangan Si Mamak Pedukang ini?...

Si Mamak Pedukang ini atau nama penuhnya, Reezal Merican bin Naina Merican atau gelarannya YBhg Dato' Seri Reezal Merican Naina Merican telah dilahirkan pada 1972, di Butterworth, Pulau Pinang. Beliau telah menamatkan pengajian tinggi beliau di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam jurusan Sarjana Muda Bahasa Arab dan Kesusasteraan. Perkerjaan awal beliau bermula di Bank Industri Berhad pada tahun 1995, bersambung di KFH Ijarah House (M) Berhad. Pada tahun 1997, beliau bertugas di Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) pada tahun 1998 dan kemudian di Avengrade Resources Sdn Bhd sebelum mula melibatkan diri dalam bidang politik 1999 apabila dilantik sebagai Setiausaha Politik YB Dato' Seri Shahrizal Abdul Jalil. Perlantikan ini difahamkan atas 'rekemen' Pak Lah selaku Timb Perdana Menteri setelah berlaku 'kawtim' di antara Pak Lah dengan Pak Naina (kawan baik Pak Lah / Ayahanda Reezal Merican) di mana mereka ini agak bimbang dengan kecenderungan Reezal ke arah Al-Sheikh Al-Juburi sekitar 1998-1999.

Sebelum dari tahun 1999, si Mamak Pedukang (MP) ini tidak terlibat secara serius di dalam arena politik dan apabila dilantik sebagai Setpol YB Shahrizal, maka beliau pun aktif di dalam bidang politik dengan menawarkan diri sebagai AJK Pemuda UMNO Bahagian Kepala Batas, Pulau Pinang. MP ini berjaya mendapat undi tertinggi dari perwakilan pada pemilihan Pemuda UMNO Bahagian KB pada tahun 2001. Ini adalah kerana perwakilan pada masa itu yakin dengan keterampilan beliau dan juga kerana beliau merupakan seorang setpol, maka perwakilan amat mengharapkan sesuatu yang boleh beliau sumbangkan kembali kepada perwakilan.

Sayang seribu sekali sayang, setelah beberapa ketika, ternyata harapan perwakilan terharap beliau yang begitu tinggi hanya menjadi mimpi yang ngeri. Beliau dilihat lebih sibuk melobi untuk jawatan EXCO Pemuda UMNO Malaysia tanpa memperdulikan langsung perwakilan yang telah memberi undi pada beliau semasa pemilihan AJK Pemuda UMNO Bahagian Kepala Batas. Bak kata pepatah, kera di hutan disusukan, anak mati kelaparan.... begitula rakusnya si MP ini sehinggap berjaya memperolehi undi antara yang tertinggi di dalam pemilihan EXCO Pemuda UMNO....