Sunday, December 4, 2011 | |

REEZAL MERICAN TIDAK AKAN BERTANDING?!!!



Akhirnya ada Pembantu Pak Lah Yang Rasional
Posted on Sunday, February 17 @ 11:33:56 GMT+8
Topic: KOMENTAR

Tindakan Rezal Merican mengumumkan scara terbuka untuk tidak bertanding dalam pilihan raya umum kali ini wajar ditahniahkan. Umum mengetahui salah satu punca kecelaruan pentadbiran Datuk Seri Abdullah ialah kerana tindakan beberapa pegawai khasnya sibuk mahu menjadi ahli politik dan bermain politik. Hasilnya mereka ke hadapan, bos tertinggal.

PUCHONG 16 Feb. – Exco Pemuda UMNO Kebangsaan, Datuk Reezal Marican Naina Marican menegaskan beliau tidak akan bertanding sebarang kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-12 walaupun ada bahagian yang mencalonkan dirinya.

Reezal berkata, beliau telah menyatakan hasratnya itu kepada pucuk pimpinan tertinggi parti yang telah bersetuju dengan permintaannya.

“Saya ingin mengesahkan saya tidak akan bertanding, kalau semua orang hendak bertanding siapa yang hendak membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi,” katanya kepada Mingguan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau memberitahu demikian kepada pemberita selepas melancarkan Gerak Gempur Pemuda UMNO Parlimen Puchong 2008. Hadir Sama Ketua UMNO Bahagian Puchong, Datuk Satim Diman.

Reezal juga adalah Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung dan Setiausaha Politik Menteri Kewangan.

Dalam pada itu, semasa ucapannya, Reezal berkata, beliau yakin Selangor akan mencapai sifar pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-12.

“Kalau Selangor sebelum ini berjaya mencapai sifar kemiskinan tegar dan sifar setinggan, maka tidak mustahil ia juga mencapai sifar pembangkang kali ini,” katanya.

Jelas beliau, seperti di tempat lain, pembangkang di Selangor juga tidak memiliki sebarang isu untuk dipolitikkan.

Selain itu, beliau juga meminta pengundi agar jangan mempercayai dakyah pembangkang yang kononnya harga minyak akan dapat diturunkan kerana Malaysia adalah negara pengimport minyak.

Sumber : mykmu dot net